Budak "Matriks" 😍, tu lah gelaran first aku dapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke Matrikulasi.. Sebenarnya aku nak kongsi sedikit demi sedikit la pengalaman hidup, suasana kat matriks, kelebihan matriks berbanding tingkatan 6 atau diploma dan cara hidup budak matriks.. Dapat je tawaran masuk matriks memang hati aku melonjak gile sebab bukan semua orang dapat tawaran ne, itu bergantung pada rezeki kite la.. Tapi bagi aku, time nak check tuu whether dapat or tak, aku pasrah, kalau dapat aku pegi, kalau tak dapat mungkin bukan rezeki aku kot.. First intake aku tak dapat, so kat bawah skali semakan keputusan Matrikulasi tu ada butang rayuan sebab dia ada second intake lagi, bagi yg tak dapat first intake jangan putus asa, tekan je butang rayuan tuu tak susah mana pun lepas tu tekan "submit"..lpas aku tekan submit aku pun tnggu la dlm seminggu lebih untuk semakan second intake ne. Seminggu lpas tu aku cek pulak utk second intake n Alhamdulillah rezeki aku kot aku dapat tawaran program Matrikulasi PST(Program Satu Tahun) lepas tu aku dah tak fikir panjang dah, aku terus packing barang sebab dia bagi tempoh seminggu lagi untuk mendaftar ke 'Kolej Matrikulasi Labuan'.
Aku pun mendaftar la mcm biasa sebagai pelajar baru..Kat sana baru aku tahu Matrikulasi menawarkan sains PST(Program Satu Tahun), PDT(Program Dua Tahun) dan program Perakaunan sesiapa yg ambil subjek akaun la, akaun ne dia setahun je..yg ne untuk Matrikulasi Labuan yea sbb bnyk jgk Matrikulasi lain tapi setahu aku sama je kot sebab semua Matriks under KPM.
Baru 2 hari je aku kat sana memang sangat2 terkejut jugak dengan suasana kat sana kata org kena kejutan budaya, bkn kejutan elektrik ehh, hahahaa..just kidding..Apa yg aku terkejutkan tuu ialah cara belajar kat sana memang tak sama dengan cara aku belajar kat sekolah menengah dulu, oke first masuk akan diberi jadual melalui laman web rasmi matriks, jadual tu agak padat sedikit la pegi kuliah pkul 7.30am gitu balik dlm pukul 4 pm..hahhh??? sometimes ada jgk yg kata smpai pukul 4 jeRRR pun..hehe itu sebenarnya tak la luar biasa sangat kan tapi yg luar biasa nya tu klu ada extra class, selalu lecturer akan buat pada waktu mlm dlm pkul 8-10pm gitu.. Kat ctuw la yg jadi serabut sedikit bukan ape student pasti akan mengeluh sebab nak buat kerja lecturer lain lagi, nk main ptg lagi, basuh kain, mandi, penat kelas siang, tak cukup kelas siang sambung mlm plak???? what the fish.. So kat ctuw ada pengajaran yg paling penting ialah "kita harus bijak mengurus Masa", oke gini klu waktu kuliah tu jangan sesekali ponteng class sebab setiap kelas tu ada input2 baru, pelajaran baru, contoh la kn dlu fom 5 kita kena habiskan 1 bab tu mungkin ambil masa sebulan utk satu bab, kat matriks ne 1 bab tu boleh habis dalam masa 1 hari atau 1 minggu bergantung dgn subjek tu la, tu yg tak boleh ponteng class tu, saya bukan nak takut2 kan adik2 yg bakal memasuki Matrikulasi ne, itu la realiti kat sana..Lagi satu buang sikap "MALAS" dan "Menangguh2 Kerja" sblum masuk Matriks n klu boleh hari pertama masuk Matriks tu azam la dlm diri "Aku Tak boleh Malas" dan ingatkan diri sentiasa dengan 'Tujuan Aku Masuk Sini', dah la berjauhan dengan family..Perasaan homesick tuu akan hadir kat sana nanti bagi kaum hawa ne la yg tak biasa berpisah dengan family klu kaun adam ne tak tahu la, hehe yg pasti dorang pun ada perasaan mesti rindu jugak kat mak ayah.. Hidup matriks ne jugak kita kena pandai berdikari, kena pandai urus diri dan urus kewangan dgn baik la. Nasib baik la ada elaun setiap bulan, elaunnya xda la bnyk sngat dan xda sedikit sangat..cukup laa untuk beli makanan satu bulan sementara tnggu elaun yg seterusnya, setiap bulan akan kena bagi elaun RM250, hah??? yg ne adalah kelebihan Matriks ada elaun, kolej kediaman free je, bnyk jugak la perkhidmatan yg free disediakn antara nya perpustakaan, ATM, cafe, perkhidmatan pos, rawatan free bgi yg sakit, dll..Setahun je duduk Matriks rasa rindu plak KML, walaupun time belajar tuu banyak mengeluh belajar laju la, susah nak faham la, elaun tak cukup la tapi itu semua terpulang pada diri kita, kita kena rancang untuk handle masalah2 ne sebab hanya diri kita dan kawan2 je ada kat sana..Bagi saya lagi susah kot STPM berbanding Matriks tu pendapat saya dan kawan2 saya jugak la..Tips dari saya untuk adik2 yg bakal masuk Matriks ne atau yg melalui kehidupan di Matriks sekarang ini
1.Jangan takut, jgn gentar sbb anda adalah orang yg bertuah krn dpt masuk Matriks ucap la "Alhamdulillah".
2.Bagi yg muslim jangan tinggal solat ye kat sana nanti(sbb kat sana tak mak ayah kita nk suruh solat) dan walau sesibuk mana pun jangan tinggal Al-Quran ambil la masa lepas maghrib ke.
3.Kena sentiasa ingatkan diri tujuan kita kat Matriks utk apa??? Ingat ibubapa kita susah payah bekerja sbb nak hantar kita belajar, sbb nak sara hidup keluarga kita.
4.Niatkan dpt 4.0 flat setiap kali exam, so usaha kita akan terlebih sedikit dari orang lain ( klu boleh lekat kat dinding belajar anda setiap kali down tengok 4.0 flat tu.
5.Buang sifat malas, jgn ponteng kuliah, siapkan kerja lecturer bagi secepat mungkin.
6.Masa belajar, belajar la jgn asyik nak cari buah hati kat sana, syg nanti tak boleh bawa sampai terabai pulak pelajaran.
Trust me hidup matriks best sangat dan rasa nk belajar kat sana balik
TERKINI!!!! 2016
Semua lulusan Matrikulasi boleh memohon pekerjaan menggunakan sijil Matrikulasi sbb dah di iktiraf sama mcm sijil STPM..dulu lepas matriks mesti sambung ke degree.. Tu je la rentetan saya pada kali ini, maafkan jika ada terkasar bahasa, rutin harian kita tak sama.. Assamualaikum..😊
kak sya tahu yg post ni 2016 lagi.. tadi baru cek matriks, tpi tk ada rezeki. agak2 klau sya buat rayuan dpt masuk matriks tak ?? tpi results sya tk cemerlang, math A-,addmth bio fizik dpt d, kimia dpt E. rasa2nya sec intake dpt tk ??
ReplyDeletedpat kot sbab kwan sy chemist dia E
Deleten dia pun dpat
DeleteKak saya pun sama x dapat matrik and UPU....kalau rayuan lepas x?Risau x dapat
ReplyDeleteakk boleh tahu nak buat rayuan cam mana tak?
ReplyDeletebila boleh semak rayuan
ReplyDeleteAkak,,nak tanya kalau buat rayuan kan,bila dah masuk,banyak tak yang kita ketinggalan sebab first intake dah belajar banyak kan
ReplyDelete